Pendidikan dan Kerjaya adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Kebiasanya, seseorang individu memilih bidang pendidikan tertentu dengan matlamat dapat menceburi bidang kerjaya tertentu (Hairunnaja, 2006). Dalam proses pemilihan bidang pendidikan dan kerjaya ini juga terdapat pelbagai kaedah dan teori yang boleh diguna pakai bagi memastikan kedua-dua bidang ini tepat dan sangat bersesuaian dengan diri seseorang. Pastinya proses ini dicetuskan melalui proses menentukan laluan pendidikan dan jatidiri seterusnya bidang kerjaya.
Umumnya, proses menentukan laluan pendidikan dan jatidiri seseorang bermula seawal dari dalam kandungan lagi. Untuk tujuan itu, Pusat Eksplorasi Kerjaya ini diwujudkan bagi membantu pelajar mendapatkan maklumat dan informasi terkini berkenaan laluan pendidikan dan kerjaya masa depan.
Pusat Eksplorasi Kerjaya ini diwujudkan oleh sekumpulan kaunselor MARA yang terdiri daripada pasukan teknikal CounselorApps sebagai webmaster dan segala maklumat dan informasi di dalam web ini adalah bahan daripada kaunselor-kaunselor MARA yang terlibat sebagai Kaunselor Kerjaya.
0 comments:
Post a Comment